Thursday 15 November 2012

RANCANGAN PENGAJARAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3



BIDANG
SAINS HAYAT
Topik
Haiwan
Standard Kandungan
3.1 Memahami Ciri Haiwan
Standard Pembelajaran
3.1.1
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran,  murid dapat :
Menamakan ciri-ciri haiwan bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah dan bersisik.
Tempoh
60 minit
Bahan Bantu Belajar
Kad gambar haiwan, kotak, lembaran kerja, spesimen hidup seperti ikan, kerang, siput dan model burung
Emk
TMK
Kreativiti dan inovasi

Kemahiran Proses Sains


Kemahiran Manipulatif Sains
Memerhati
Mengelas
Berkomunikasi


Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat

Aktiviti
  1. Murid menyentuh kotak misteri yang mengandungi ikan segar, kerang, model kucing dan model  burung dan menamakan haiwan yang mereka sentuh.
Guru menyoal
a)      Apakah yang dapat kamu perhatikan pada haiwan-haiwan ini?
               Murid menyatakan  ciri yang ada pada haiwan-haiwan yang ditunjukkan.
  1. Dalam kumpulan, murid mencari gambar haiwan yang lain yang mmempunyai ciri litupan badan berdasarkan gambar yang diberikan.
  2. Murid membentang hasil dapatan di hadapan kelas.
  3. Membincangkan kepentingan litupan badan haiwan.
Refleksi
1.       18 daripada 20 orang murid dapat menamakan jenis haiwan mengikut ciri litupan badan.
2.       2 perlu dibimbing oleh guru




                              

2 comments:

Unknown said...

Tahniah... blog yang menarik dan sesuai dijadikan bahan rujukan...

Unknown said...

Tahniah, maklumat yang dipaparkan dapat menambahkan informasi saya.

Post a Comment