Sunday 21 October 2012

Selamat Datang

Falsafah Pendidikan Sains Negara

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompettitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.


Dunia Sains dan Teknologi merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan Teknologi, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang diajar di Tahap 1.  Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.  Pendekatan ini adalah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
 

Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/psikomotor dan kemahiran teknologi maklumat dan  komunikasi.
 

Fokus utama tema Sains dan Teknologi di Tahap 1 ialah menyemai minat murid terhadap Sains dan Teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. 
 

Murid dapat memperolehi pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi kea rah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.  Seterusnya dapat mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam Dunia Sains Dan Teknologi (DST) serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap  kebolehan murid.  

Dunia Sains dan Teknologi juga dapat memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, Reka Bentuk Teknologi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahap 1 dapat menyediakan murid dalam mata pelajaran Sains, Reka Bentuk Teknologi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Tahap 11.