Kemahiran Set Induksi
ialah cara guru memperkenalkan atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit
tertentu sesuatu pelajaran. Dalam set induksi, guru hendaklah menegaskan kepada
muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru
perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka
untuk membuat aktiviti, berfikir dan
belajar. Guru dapat memandu muridnya ke
arah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman sedia
ada murid.
Menurut Carl Rogers (1994) pendidikan yang bermakna bagi seorang murid
ialah pendidkan yang murid itu sendiri yang tentukan apa yang dia perlukan,
merancang sendiri, belajar mengikut gayanya sendiri dan menilai sendiri hasil
apa yang dipelajarinya. Kaedah ini
dinamakan kaedah berpusatkan murid. Guru
hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembantu sahaja.
Set induksi dibuat
dengan mengira kesediaan murid sebelum sesi pembelajaran bermula. Kurangnya kesediaan murid ini boleh
mengurangkan keberkesanan pengajaran kerana kurang menarik. Apabila guru mengambil kira kesediaan murid,
murid dapat berfikir dan membuat
perkaitan yang jelas tentang isi pelajaran seterusnya. Guru mestilah
mengutamakan kesedian murid untuk belajar kerana tidak semua murid bersedia
untuk belajar dari segi emosi dan fizikal sebagai langkah memotivasikan mereka.
Set induksi yang
dipersembahkan amat menarik perhatian murid kerana nada suara guru adalah
semula jadi, gerak-geri yang tidak kaku dan guru sentiasa memberi perhatian
kepada seluruh kelas ketika sesi soal jawab.
Guru mengeluarkan suara yang lebih jelas dan tegas, gerak-geri yang
sesuai dengan apa yang disebutkan dan memandang ke seluruh kelas ketika
menyoal.
Menurut Lev Vygotsky (1978) pembelajaran dan perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah fenomena sosial dan budaya, iaitu akibat daripada
interaksinya dengan ibu bapa, guru dan orang lain. Pembelajaran seseorang murid lebih berkesan
jika murid diberi bimbingan untuk melakukan tugasan pembelajaran yang lebih
tinggi sedikit dari apa yang telah dikuasainya.
Dengan beransur-ansur pembelajaran murid berkembang.
Bahan bantu mengajar
yang digunakan oleh guru tersebut memang sesuai kerana saiznya yang besar dapat
menarik pandangan mata murid. Imbasan
gambar yang lama memeberi peluang murid berfikir dan menelitinya dengan sempurna. Guru menampal gambar pada papan putih supaya
murid dapat memandangnya berulangkali.
Lebih menarik apabila guru gunakan gambar yang berwarna-warni, terang
dan jelas. Perkataan atau tajuk pada
gambar perlu dibesarkan supaya kesemua murid dapat membacanya.
Menurut Mc Alpine dan Wetson (1999) untuk memilih bahan
sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya, iaitu:
- Adakah
bahan ini menepati kurikulum?
- Adakah
isi pelajaran menepati kurikulum?
- Adakah
laras bahasanya jelas?
- Adakah
bahan ini menarik dan dapat memotivasikan murid?
- Adakah
bahan ini dapat menarik pelgelibatan murid?
- Adakah
bahan ini berkualiti?
- Adakah
bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Menurut Robert Gagne (1992) guru hendaklah membuat analisis tentang
kesediaan dan gaya pembelajaran murid untuk menentukan pemilihan media dan
bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan, guru sepatutnya
membuat “ preview” bahan bantu belajar dan memastikan murid-murid mengambil
bahagian dengan aktif dalam pembelajaran,
Guru mestilah
menunjukkan kemesraan untuk menggerakkan murid sebagai membakar semangat dan
kesungguhan terhadap apa yang dipelajari.
Jika guru menggunakan teknik bercerita secara ringkas satu per satu
tentang gambar yang ditunjukkan, ini boleh merangsang naluri ingin tahu atau
menarik minat murid untuk memulakan aktiviti.
Menurut Gagne (1985) pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang
berkembang secara berperingkat. Justeru
itu penyampaian guru perlu disusun secara berperingkat-peringkat.
Guru hendaklah menentukan
hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya dalam set induksi dan tidak
perlu pergi begitu cepat ke langkah berikutnya atau bahagian pengembangan
secara terburu-buru. Guru perlu
memaklumkan kepada murid berkenaan gambar yang akan ditunjukkan dan bincangkan
satu persatu. Tulis isi penting yang
berkaitan dengan gambar secara ringkas pada papan putih atau membina peta
minda. Ini dapat membantu murid
mengekalkan ingatan mereka tentang apa yang dipelajari hari itu.
Guru sepatutnya
membuat perbandingan dan perbezaan pada setiap gambar, ini menjadikan set induksi tidak menarik perhatian murid. Adalah lebih bermakna jika guru mengaitkan
situasi antara setiap gambar dengan isi pelajaran yang bakal berlaku selepas
itu.
Menurut Ausubel, bahan subjek yang dipelajari kanak-kanak
mestilah bermakna. Pembelajaran bermana
merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan
yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta,
konsep-konsep dan generalisasi yang yang telah dipelajari sebelum ini.
Set induksi berkenaan
amat berkesan kerana amat sesuai kepada murid dari segi umur, kebolehan dan
minat mereka walaupun ia kelihatan berkait dengan isi pelajaran dan objektif
pengajaran. Guru amat menitikberatkan
pengetahuan sedia ada murid dan membimbing murid untuk belajar daripada yang telah diketahui kepada yang
akan diketahui kemudiannya. Aktiviti
dalam set induksi boleh dipelbagaikan, begitu juga kaedah dan teknik
penyampaian guru. Ini dapat menarik minat
murid kepada pelajaran.
Menurut teori
konstruktivisme yang dipelopori oleh John Dewey
dan Jean Piaget, corak pemikiran murid bergantung kepada cara
ia membina dan memberi makna kepada apa yang dipelajari atau dialaminya. Pemikiran seseorang murid akan berkembang dan
pengertiannya mengenai sesuatu diperluaskan apabila pengalamannya
bertambah. Pengertian atau makna yang
diberi kepada sesuatu itu bergantung kepada persepsinya dan skima atau rangka
pemikiran yang ada padanya. Persepsi dan
skima pemikiran ini akan disusun semula apabila murid terdedah kepada
pengalaman, informasi dan perspektif baru.
Pergerakan guru di
dalam kelas dapat menolong murid sentiasa bersedia dan memberi tumpuan kepada
pelajaran. Guru seboleh-bolehnya
bergerak beberapa langkah di sepanjang bahagian hadapan atau antara
barisan-barisan murid. Jika pergerakan
guru menunjukkan keresahan, murid akan rasa terganggu. Oleh itu tunjukkan gerak-geri semula jadi guru
dan bukannya dibuat-buat atau kaku.
Penggunaan pergerakan
badan, tangan dan muka guru adalah semulajadi untuk menguatkan apa yang
diperkatakan untuk menarik perhatian murid.
Pergerakan-pergerakan yang tidak perlu hendaklah dielakkan kerana ia
menghalang tumpuan murid kepada pelajaran.
Merujuk domain psikomotor, kemahiran pergerakan anggota fizikal guru
amat penting kerana pergerakan anggota dalam pengajaran dikuasai oleh
kanak-kanak dalam kehidupan seharian.
Murid mempunyai persepsi yang mewakili kebolehan memerhati. Melalui pergerakan guru yang dilihat, hasil
pembelajaran dapat diingati oleh murid.
Menurut Dettmer (1997) hasil pembelajaran utama ialah melalui
cara guru menunjukkan tingkah laku
membuat kontak (contac) terhadap murid seperti mata terhadap murid. Di sini, kontak mata perupakan permulaan
kepada perkenalan yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi. Melalui kontak mata ini murid memahami bahawa
guru akan memulakan pengajarannya.
Merujuk domain sosial, hasil pembelajaran berlaku ketika cubaan
murid itu berkomunikasi dengan guru, cuba memberi atau menerima mesej dan
menyoal sesuatu. Tingkah laku murid
untuk bertanya itu menyebabkan guru turut berkomunikasi.
Guru seboleh-bolehnya
mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan suaranya sepaya dapat mengekalkan
minat murid terhadap pelajaran. Suara
yang mendadak, sentiasa tinggi dan terlalu kuat pula boleh menimbulkan rasa
bimbang di kalangan murid. Sebaliknya
suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga pula akan menimbulkan
rasa bosan terhadap pelajaran.
Guru sentiasa melibatkan murid secara lisan dengan lebih meluas ketika
perbincangan berjalan. Guru mempeluang kepada murid untuk melibatkan diri
secara lisan dalam pelajaran untuk memberikan rasa seronok ketika belajar.
Menurut Skinner (1974)
terdapat tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu
apa bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri adalah aktiviti
pengukuhan. Matlamatnya ialah untuk
membentuk tingkahlaku murid yang boleh diperhatikan dan dinilai oleh guru.
Merujuk teori behaviorisme, guru hendaklah kerap kali menggunakan pujian
seperti ‘bagus’ sebagai cara membina aliran psikologi untuk mengukuhkan
pengetahuan murid dan menggalakkan murid belajar. Oleh itu set induksi guru hendaklah lebih
menarik dan terancang.
Selain dari itu guru
perlu melibatkan pancaindera murid seperti penggunaan gambar yang lebih menarik
atau model yang dapat menambahkan daya tarikan dan minat murid kepada
pelajaran, juga dapat menambahkan kesan penyampaian maklumat kepada murid. Ini bermakna guru yang memberi peluang kepada
murid membuat aktiviti yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka
belajar. Untuk itu matlamat guru
hendaklah jelas tentang tujuan aktiviti set induksi yang digunakan dan ada
perkaitan dengan isi pelajaran.
Guru hendaklah
menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan
pelajaran. Sebelum pengajaran dimulakan,
guru perlu merancang dengan teliti bahan bantu mengajar yang hendak
digunakan. Pengubahan variasi rangsangn
boleh memberi rangsangan kepada tindak balas atau perubahan tingkah laku murid
untuk dijadikan ukuran keberkesanan pengajaran guru.
Aspek peneguhan ketika
proses pengajaran dan pembelajaran juga penting ditekankan oleh guru. Ini kerana perlakuan murid boleh diubah dalam
beberapa cara yang positif seperti guru memberi senyuman, angguk kepala, memuji
murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar
supaya terus tekun belajar atau menyatakan
syabas kepada murid yang menjawab dengan betul. Peneguhan seperti ini boleh membina sikap
yang positif di kalangan murid-murid.
Salah satu peneguhan yang sepatutnya guru ini gunakan ialah peneguhan lisan seperti perkataan baik, ya,
betul, itu jawapan yang tepat, bijak, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah
cadangan yang baik dan lain-lain peneguhan yang positif.
Menurut Rzchlin
(1991) Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi.
Pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan
kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang
otak.
Skinner (1938) membahagikanpengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Peneguhan positif ialah
memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang
menyebabkan perlakuan itu diulangi. Peneguhan positif ini diberikan sebagai
salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti
memberikan kata-kata pujian selepas murid melakukan sesuatu kerja atau menjawab
soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan
sebagainya.
Guru memberi
peluang kepada murid melakukan aktiviti mengikut pengalaman sedia ada
murid. Guru membetulkan perlakuan murid
dengan menggunakan kaedah tunjuk cara.
Murid yang melakukan kesilapan dibetulkan oleh guru dengan segera di
samping menggalakkan murid memerhatikan aktiviti rakan-rakan di dalam kumpulan
lain.
Guru juga
memberi arahan yang jelas kepada murid dengan memastikan murid menumpukan
perhatian ketika penerangan. Guru
memberi peluang kepada murid untuk mencuba sehingga mereka dapat melakukan
aktiviti dengan betul.